Terma & Syarat

Terma Tempahan:
  1. Tempahan hendaklah dibuat hari sebelum tarikh penginapan.
  2. Untuk "walk-in" customer, anda akan dikenakan surcaj tambahan RM10/mlm.
  3. Status "Pre-Book" akan dimasukkan ke kalender untuk jangkamasa 24 jam.
  4. Pembayaran penuh hendaklah dibuat dalam masa 24 jam selepas tempahan dibuat.
  5. Selepas menerima pembayaran penuh, status tempahan akan ditukar kepada "BOOKED(CONFIRM)".
  6. Selepas 24 jam tempahan dibuat dan tiada pembayaran, tempahan tersebut akan dibatalkan.
Pembatalan Tempahan:
  1. Sebarang pembatalan mestilah dilakukan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh menginap.
  2. Tiada pemulangan akan diberikan jika anda memilih untuk memendekkan hari penginapan anda. Cth: Booking untuk 3 mlm, tetapi pada hari kedua anda ingin check-out. Duit tempahan untuk hari ketiga tidak akan dipulangkan.
  3. Untuk pembatalan yang kurang dari 3 hari, hanya 50% bayaran akan dipulangkan.
  4. Cth: Jika anda menempah untuk tarikh 04 Jan 2015, pembatalan haruslah dilakukan selewat-lewatnya pada 01 Jan 2015.
Daftar-Masuk:
  1. Masa daftar-masuk terawal ialah : selepas 2 PM 
  2. Semasa daftar-masuk, pelanggan diminta membayar RM100 (sehari) sebagai wang cagaran untuk denda lewat daftar-keluar, kerosakan, kehilangan barangan dari homestay.
  3. Pelanggan juga diminta memberi no akaun maybank @ cimb utk tujuan pemulangan cagaran.
  4. Jika pelanggan ingin mendaftar masuk awal dari 2 PM, sila hubungi kami untuk pengesahan.
Daftar-Keluar:
  1. Masa daftar-keluar terlewat ialah : sebelum 12 PM
  2. Untuk daftar-keluar lewat, pelanggan akan dikenakan caj RM5/jam, sekiranya pelanggan tidak memaklumkan semasa daftar-masuk.
  3. Wang tersebut akan ditolak daripada deposit.
Pemulangan Deposit:
  1. Deposit akan dipulangkan melalui "online transfer" ke akaun pelanggan 1 HARI selepas daftar keluar.